Budaya Ilmu: Satu Penjelasan

Budaya Ilmu Satu Penjelasan Buku ini merupakan edisi kedua karya yang pernah diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada dan diulang cetak sebanyak tiga kali Edisi ini mengandungi dua bab baru Kekeliruan dalam usaha memartaba

  • Title: Budaya Ilmu: Satu Penjelasan
  • Author: Wan Mohd Nor Wan Daud
  • ISBN: 9789971775728
  • Page: 308
  • Format: Paperback
  • Buku ini merupakan edisi kedua karya yang pernah diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1991 dan diulang cetak sebanyak tiga kali Edisi ini mengandungi dua bab baru Kekeliruan dalam usaha memartabatkan budaya ilmu untuk mencetus keghairahan mencari ilmu dan membina diri insan, masyarakat dan tamadun, boleh menyebabkan kejayaan jitu gagal tercapai ia tersekat di tahapBuku ini merupakan edisi kedua karya yang pernah diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1991 dan diulang cetak sebanyak tiga kali Edisi ini mengandungi dua bab baru Kekeliruan dalam usaha memartabatkan budaya ilmu untuk mencetus keghairahan mencari ilmu dan membina diri insan, masyarakat dan tamadun, boleh menyebabkan kejayaan jitu gagal tercapai ia tersekat di tahap superficial, atau bersifat duniawi, kerana kurang mengambil kira unsur lain seperti akhlak dan keadilan, walhal dalam Islam, ilmu dan iman berkait rapat Prof Wan Mohd Nor Wan Daud mengupas konsep budaya ilmu, serta menjelaskan takrif dinamik berkaitan fahaman Islamisasi ilmu ilmu semasa bermula dengan menyorot pelbagai bangsa dan tamadun, lalu membicarakan ciri yang boleh diteladani dan pertalian antara jatuh bangun sesuatu kaum dengan budaya ilmunya Keperluan dan aspek praktikal dalam memupuk budaya ilmu dan satu contoh institusi yang menjelmakan gagasan budaya ilmu turut dibincangkan.

    • Budaya Ilmu: Satu Penjelasan by Wan Mohd Nor Wan Daud
      308 Wan Mohd Nor Wan Daud
    • thumbnail Title: Budaya Ilmu: Satu Penjelasan by Wan Mohd Nor Wan Daud
      Posted by:Wan Mohd Nor Wan Daud
      Published :2019-08-25T04:24:20+00:00

    About " Wan Mohd Nor Wan Daud "

  • Wan Mohd Nor Wan Daud

    Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud mengikuti pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan SRJK Inggeris Tanah Merah dan Sekolah Menengah SM Dato Mahmud Paduka Raja Tanah Merah, sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu serta menyambung pendidikan ke Northern Illinois University dalam Sarjana Muda Kaji Hayat dan Sarjana Kurikulum Pengajaran dan menyempurnakannya dengan Ijazah Kedoktoran Falsafah Pemikiran Pendidikan Islam di University of Chicago.Beliau berpengalaman sebagai Presiden Kebangsaan Kumpulan Kajian Islam Pelajar Malaysia MISG AS dan Kanada dan Presiden Kebangsaan Muslim Students Association of US and Canada.Wan Mohd Nor memulakan tapak akademiknya sebagai Tutor Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM dan Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan Penyelidikan Pendidikan ERPD di Kementerian Pendidikan, sebelum berpindah ke International Institute of Islamic Thought and Civilization ISTAC untuk bersama sama Prof Dr Syed Muhammad Naquib al Attas membina institusi pemikiran dan peradaban Islam itu sebagai Timbalan Pengarahnya bermula 1988 hingga 2002 Pada 2006 pula, beliau dilantik sebagai Felo Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu ATMA UKM sebelum menyumbangkan bakti kesarjanaan di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban CASIS Universiti Teknologi Malaysia UTM.Karya karya beliau telah diterjemah ke bahasa Melayu, Indonesia, Turki, Jepun, Parsi, Rusia, Bosnia, Arab dan Macedonia Beliau turut diundang ke pelbagai seminar dan ceramah di AS, UK, Rusia, Iran, Turki, Afrika Selatan, Pakistan, Sudan, Oman, Arab Saudi, Mesir, Jepun, Indonesia, Bosnia dan Singapura.Sumbangan akademik beliau turut disalurkan sebagai Advisory Council for the Center for Strategic Middle Eastern Studies CSMES , Zirve University, Gaziantep, Turki mantan Editor Perunding Jurnal ISTAC, as Shajarah ahli Majlis Penasihat Toda Institute for Global Peace and Policy Research, Hawaii mantan Penasihat Antarabangsa, Program Sarjana Pengajian Islam, University of Melbourne, Australia Editor Perunding AFKAR di Akademi Islam, Universiti Malaya UM International Journal of Pesantren Studies di Jakarta Tsaqafah Journal for Islamic Sciences and Culture, juga di Jakarta dan Tafhim, iaitu jurnal Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM.

  • 744 Comments

  • Saya selalu menunda ingin membaca buku-buku anak2 murid Syed Muhammad Naquib al-Attas kerana saya fikir buku2 mereka sarat falsafah. Tapi tidak! Sangkaan saya meleset sama sekali. Buku ini seperti pencairan daripada falsafah tinggi Prof Syed Muhammad Naquib ditujukan khas untuk orang awam.Saya rasa buku yang saya cuba hadam waktu sekolah menengah dahulu jauh lebih susah, misalnya buku Ameer Ali Api Islam (terjemahan Spirit of Islam) yang belum berjaya saya habiskan.Walaupun mudah dihadam, tetapi [...]


  • Susunan buku ini amatlah cantik. Bermula dengan teori budaya ilmu, kemudian pembaca dibawa pula kepada topik pelaksanaannya, susunannya hampir sempurna. Tidaklah saya layak memberi ulasan mengenai buku yang hebat ini, melainkan memujinya kerana isinya yang sangat-sangat bermanfaat. Dan sekiranya buku ini dibaca secara meluas oleh masyarakat kita, pastinya budaya ilmu mampu terlaksana dan akan dihargai.


  • Buku ini membuka mindaku tentang bagaimana kita harus melihat ilmu, terutamanya cara kita menimba ilmu. Ia juga mengetengahkan masalah-masalah yang kita hadapi sekarang dalam penimbaan ilmu dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Sesiapa sahaja patut membacanya, kerana pembentukan budaya ilmu yang sihat adalah tanggungjawab semua, sama ada ibu bapa, guru, pendidik hingga ke golongan atasan seperti kerajaan, cendikiawan dan ahli politik.


  • Tidak layak diri ini untuk memberi ulasan. Cukuplah dengan kenyataan bahawa aku begitu terkesan dengan buku ini. Sungguh masih jauh diri ini daripada mengamalkan budaya ilmu yang sebenar.


  • Buku ini dibaca atas saranan dari senior yg sedang ambil master di Jabatan Akidah. .Katanya kalau nak mudah faham karya2 Naquib AlAttas, mula dengan buku ini. Sebab prof anak murid Naquib Al Attas. .Tapiya pun mcm awak juga 😉 kenal dan baca buku prof al attas dulu. Huhu .So, buku ini seperti tajuknya. Prof menjelaskan mengenai konsep budaya ilmu dan ciri-cirinya. Prof mengetengahkan ciri2 budaya ilmu dalam beberapa tamadun dunia terdahulu seperti tamadun yunani yg kita akui memberi pengaruh y [...]


  • Sebelum ini saya pernah membaca buku Prof Wan berjudul Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna. Saya akui, ia membuatkan saya terpukau dengan gaya penulisan dan hujah yang tepat dan praktikal oleh Prof. Ini merupakan buku kedua beliau yang saya baca. Seperti yang kita maklumi, Prof. Wan merupakan anak murid rapat kepada tokoh intelektual besar di Malaysia iaitu Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Membaca buku Prof. Wan ibarat membaca ringkasan idea serta penerangan (s [...]


  • Buku ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ilmu dan budaya ilmu melalui sudut pandangan alam Islam dan turut menyelit perbandingan dengan tamadun-tamadun lain yang lalu.Saya kagum dengan cara penulis mengupas konsep asas yang biasa dibincangkan seperti fardhu ain dan fardhu kifayah yang memperluaskan lagi maksud tersebut.


  • Segar sungguh idea dan perbahasan Prof Wan Mohd Nor dalam karyanya ini. Penulis bermula dengan mengupas sejarah pembentukan tamadun-tamadun besar dunia diikuti dengan konsep dan sistem nilai budaya ilmu itu sendiri.Dua bab yang terakhir iaitu budaya ilmu di Malaysia dan cadangan pelaksanaannya sangatlah memuaskan. Antara kupasan yang menarik ialah :- konsep ilmu itu sendiri iaitu kemampuan individu untuk menghubung kait sesuatu sistem dan ma'na yang tiba padanya- bagaimana falsafah ilmu di Malay [...]


  • Post Your Comment Here

    Your email address will not be published. Required fields are marked *